Site icon TechNave BM

GrabMart kini perkenalkan perkhidmatan ‘Instant Retail’

Perkhidmatan GrabMart telah diperkenalkan pada bulan November tahun lepas dan ia mendapat sambutan yang positif daripada pihak penjual dan pembeli. Mengikut statistik yang diberikan oleh GrabMart, perkhidmatan ini telah membantu banyak kedai runcit dan penjual menggandakan hasil penjualan sehingga tiga kali ganda.

Kini, GrabMart perkenalkan perkhidmatan ‘Instant Retail’ selari dengan pelan pemulihan PENJANA untuk menggalakkan penggunaan jual beli dalam talian. Perkhidmatan ‘Instant Retail’ ini dilaksanakan untuk membantu penjual berkhidmat kepada pelanggan dengan cara yang lebih selamat dan cepat. Grab menjangkakan perkhidmatan ini mampu untuk mendapatkan produk yang pelanggan inginkan dalam jangka masa 30 minit sahaja dengan harga serendah RM5.

Bagaimana dengan pengumuman dari Grab ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version