Site icon TechNave BM

“Grand Finals” PMSL SEA Spring 2024 diadakan di Tropicana Gardens Mall, PJ hari ini

Saingan peringkat liga PUBG MOBILE Super League Southeast Asia Spring 2024 telah berakhir pada 10 Mac 2024 di mana 16 pasukan teratas layak bertanding dalam Grand Finals pada 15 – 17 Mac di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Tahniah diucapkan kepada wakil daripada pasukan Malaysia GeekFam, SEM9 dan Yoodo Alliance kerana menjadi 16 pasukan terbaik dari seluruh rantau ini. Grand Finals PMSL SEA Spring 2024 merupakan kejohanan e-Sukan profesional oleh PUBG MOBILE yang disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Malaysia Esports Federation (MESF) dan Esports Integrated (ESI).

Di samping acara utama, terdapat juga aktiviti booth seperti booth PUBG MOBILE Ramadan Experience dan booth Republic of Gamers (ROG). Pengunjung boleh memenangi hadiah menarik seperti 100K UC dan barangan ROG eksklusif melalui aktiviti gerai.

Grand Finals PMSL SEA Spring 2024 turut akan disiarkan secara langsung di platform rasmi PUBG Mobile seperti Facebook, YouTube dan TikTok serta laman rasmi PUBG MOBILE Malaysia. Grand Finals PMSL SEA Spring 2024 bermula hari ini pada pukul 4.45 petang.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version