Site icon TechNave BM

Grand Theft Auto Mobile mungkin dilancar selepas Take-Two mengambil alih Zynga

Pada Januari lalu, Take-Two mengumumkan pengambilalihan Zynga dengan jumlah yang besar iaitu $12.7 bilion (~RM55.7 bilion). Mereka juga memperoleh Activision oleh Microsoft untuk hampir $69 bilion (~RM302 bilion), jauh lebih besar daripada apa yang telah dibayar oleh Kumpulan Embracer untuk beberapa IP Square Enix. 

Take-Two yang juga merupakan syarikat pemilik Rockstar dan beberapa syarikat lain, mengumumkan ia akan menutup perjanjian tersebut pada 23 Mei dan akan selesai sepenuhnya sebelum akhir bulan Jun untuk menghasilkan game Grand Theft Auto (GTA) Mobile yang baharu. Zynga dan Take-Two telah meluluskan semua cadangan berkaitan penggabungan itu pada Khamis lepas.

Saham Zynga akan digantung selepas pasaran ditutup pada hari Jumaat dan tidak lagi menjadi sebahagian daripada bursa Nasdaq. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Take-Two Strauss Zelnick, kepakaran Zynga dapat membantu mereka dalam memajukan permainan percuma (free-to-play), merentas platform (cross-platform)serta membawa game konsol dan PC ke peranti mudah alih.

Zynga mungkin memindahkan atau mencipta IP baharu untuk platform mudah alih. Sebagai contoh, GTA V adalah salah satu game dalam talian yang paling berjaya dan menguntungkan dalam sejarah. Game ini mempunyai hampir 170 juta salinan dan merupakan rekod tertinggi di dunia untuk industri gaming.

Take-Two mempunyai banyak IP untuk didedahkan pada tahun-tahun akan datang. Nampaknya, kesemua jangkaan dan khabar angin lebih ke arah GTA VI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version