Site icon TechNave BM

GSC bakal lancarkan panggung IMAX pertamanya dengan teknologi laser di Malaysia

Pada beberapa jam yang lalu, GSC (Golden Screen Cinema) mengumumkan bahawa panggung wayangnya akan mempunyai teknologi IMAX mereka sendiri. Bukan itu sahaja, panggung wayang IMAX ini akan mempunyai teknologi laser yang pertama di Malaysia.

Ini menjadikan ia sebagai panggung wayang dengan teknologi IMAX tercanggih oleh pawagam Malaysia. Setakat ini, kami tidak pasti apakah yang dimaksudkan IMAX dengan laser tetapi ia harus menayangkan kandungan visual yang lebih cerah dan kontras warna yang pekat pada skrin besar.

Menurut laporan, filem 3D akan menjanakan prestasi yang baik pada IMAX with Laser. Laporan juga mengatakan bahawa IMAX pertama dengan dewan panggung laser mungkin dilancarkan di Putrajaya sejajar dengan filem akan datang, Avatar: The Way of the Water dalam format IMAX 3D. 

Bagi mereka yang tidak tahu, TGV juga menawarkan dewan IMAX, manakala GSC menyediakan dewan Onyx menggunakan skrin yang sama diperbuat daripada OLED. Namun, kami masih tidak ketahui tarikh pelancaran teknologi IMAX with Laser ini.

Sementara itu, kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version