Site icon TechNave BM

GSC benarkan anda sewa skrin besar di panggung wayang untuk main ‘game’, berharga RM188

Pernahkan anda terfikir untuk bermain game menggunakan skrin besar di panggung wayang? Adakah anda merasa tidak puas dengan saiz televisyen atau monitor anda? GSC Cinemas kini membenarkan anda untuk bermain video game dengan menggunakan skrin di panggung wayang terpilih!

Dengan harga serendah RM188, anda boleh bermain game selama 3 jam. Menurut GSC, terdapat dua pakej yang ditawarkan. Pakej pertama hadir dengan harga RM188 untuk sesi 3 jam, manakala pakej kedua hadir dengan harga RM250 untuk sesi 3 jam. Termasuk dalam pakej kedua adalah makanan, minuman dan baucar bernilai RM200. Promosi ini berlangsung sehingga 31 Disember 2020. Anda boleh membaca terma dan syarat pada siaran di bawah termasuklah membawa game dan peralatan sendiri.

Berdasarkan GSC, panggung wayang yang menjalankan promosi ini adalah GSC Queensbay Mall, GSC Ipoh Parade, GSC AEON Bandaraya Melaka dan GSC Paradigm Mall Johor. GSC juga mungkin bakal meluaskan promosi ini di seluruh Malaysia.

Adakah anda berminat untuk menyewa skrin besar ini untuk bermain game? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSC

Exit mobile version