Site icon TechNave BM

GSC buka semula panggung wayang di 9 lokasi, bermula 16 Disember

Terdahulu, beberapa syarikat pawagam di Malaysia telah menutup sementara panggung wayang untuk membendung penularan COVID-19. Salah satu dari pawagam terkenal di Malaysia, GSC Cinemas kini mengumumkan pembukaan semula pawagam di beberapa lokasi tertentu bermula 16 Disember ini.

Pengumuman ini dibuat melalui siaran di laman sosial media rasmi GSC Cinemas. Menurut GSC, pawagam akan dibuka untuk beberapa lokasi bermula pada 16 Disember, jam 6 petang. Lebih menarik, pembukaan ini adalah masa yang tepat untuk tayangan filem Wonder Woman 1984!

Antara lokasi pawagam GSC yang akan dibuka kembali adalah:

  1. GSC Aman Central, Kedah
  2. GSC Gurney Plaza, Penang
  3. GSC Sunway Carnival Mall, Penang
  4. GSC Dataran Pahlawan, Melaka
  5. GSC AEON Bandaraya Melaka
  6. GSC Alamanda, Putrajaya
  7. GSC East Coast Mall, Kuantan
  8. GSC Mentakab Star Mall, Pahang
  9. GSC CityONE Megamall, Kuching

Untuk pawagam yang lain, kami masih tiada maklumat rasmi berkenaannya. Namun, melihat kepada siaran poster filem yang diacah oleh TGV, terdapat tarikh bahawa filem bakal ditayangkan pada bulan Januari. Berkemungkinan, pawagam TGV akan turut dibuka pada hari-hari yang akan datang. Apa pun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari pawagam lain.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSC

Exit mobile version