Site icon TechNave BM

GSC Pavilion beri minuman Coca-Cola percuma kepada pelanggan pada hari terakhir operasi 16 Februari

Pawagam Golden Screen Cinema (GSC) akan menamatkan operasi di pusat beli belah Pavilion Kuala Lumpur bermula 17 Februari depan selepas 12 tahun beroperasi. Berita ini telah disahkan oleh pihak GSC sendiri tentang pengumuman penutupan pawagam tersebut.

Hujung tahun 2019, GSC telah memperkenalkan Aurum Theater sebagai langkah pertama syarikat itu meningkatkan serta memperbaharui perkhidmatan yang cukup istimewa untuk para pelanggan. Aurum Theater ini direka khas dengan cukup eksklusif untuk memberikan pengalaman tontonan bukan sahaja indah tetapi juga lebih santai dan semestinya di dalam keadaan yang mewah serta berkualiti tinggi.

Sumber gambar dari Google

Syarikat GSC memaklumkan akan membuka dua pagawam baru di Pusat Bandar Raya Bukit Bintang (BBCC) dan Tun Razak Exchange (TRX) pada tahun depan yang akan menjadi pusat sinematik utama mereka di Kuala Lumpur.

Syarikat itu juga mengambil kesempatan dengan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pelanggan atas sokongan mereka terhadap GSC Pavilion KL sejak ianya dibuka.

Untuk pelanggan setia GSC Pavilion KL anda boleh melayari aplikasi pada telefon mudah alih untuk mengetahui pawagam GSC yang berdekatan. Di bawah adalah senarai lokasi pawagam GSC di Kuala Lumpur :

Sebagai tanda terima kasih kepada semua pelanggan, GSC akan memberikan satu (1) tin minuman Coca-Cola percuma kepada pelanggan yang membeli tiket di GSC Pavilion KL pada hari Ahad, 16 Februari 2020.

Adakah anda pelanggan setia menonton filem di GSC Pavilion KL? Beritahu komen anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terkini. 

Exit mobile version