Site icon TechNave BM

GSC Pavilion Kuala Lumpur bakal ditutup, tersimpan seribu kenangan

Terkini, menurut laman Twitter Golden Screen Cinemas Sdn Bhd, mereka bakal menamatkan operasi GSC Pavilion Kuala Lumpur secara rasmi pada 17 Februari 2020. Hari terakhir anda boleh mengunjungi panggung wayang tersebut adalah pada 16 Februari 2020.

Apa pun, anda masih boleh berkunjung ke GSC di lokasi lain seperti GSC Berjaya Times Square, GSC Quill City Mall dan GSC MyTOWN, Cheras. Jika anda melihat bebenang ciapan (tweet) ini, terdapat sebuah akaun yang menyatakan GSC bakal digantikan dengan syarikat panggung China.

Kami tidak mempunyai maklumat rasmi tentang sebab penutupannya. Semestinya, ia bakal diganti dengan panggung wayang lain. Tidak masuk akal jika difikirkan pusat beli-belah tidak mempunyai panggung wayang.

Adakah anda mempunyai kenangan di GSC Pavilion Kuala Lumpur? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita sebegini.

Sumber: Laman Twitter GSCinemas

Exit mobile version