Site icon TechNave BM

GSC tawarkan tayangan filem percuma sempena pembukaan semula pada 1 Julai

Memandangkan perkhidmatan panggung wayang sudah pun boleh disambung bermula esok (1 Julai), syarikat-syarikat wayang kini bekerja keras dalam menuruti garis panduan baharu serta menarik pelanggan. Dalam pada itu, GSC Cinemas akan menyambung semula operasi mereka dengan menawarkan tayangan filem secara percuma.

Pelanggan bertuah akan diberi peluang untuk menonton filem Jumanji: Welcome to the Jungle secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar masuk dalam akaun GSC anda di laman web atau aplikasi GSC, kemudian gunakan kod promosi JOMGSC00001T1. Ia boleh digunakan untuk semua kompleks GSC kecuali di Terminal 1 Seremban, Aurum Theatre The Gardens Mall dan dalam negeri Sarawak. Setiap transaksi hanya dihadkan kepada dua tiket.

Di samping tawaran percuma ini, GSC turut mengumumkan waktu operasi baharu. Memandangkan keadaan yang masih belum pulih sepenuhnya, jadual tayangan telah berkurang berbanding waktu sebelum ini. Berikut adalah waktu operasi GSC bermula 1 Julai:

Adakah anda akan pergi ke wayang esok? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version