Site icon TechNave BM

GTA 5 percuma untuk dimuat turun sehingga 21 Mei 2020

[Kemas kini, 15 Mei 2020] Kami telah mencuba untuk memuat turun juga, namun tidak berjaya. Masalah teknikal ini mungkin akibat daripada trafik sesak di maya kerana masing-masing ingin merebut peluang percuma ini.

Apa pun, kami menasihatkan anda agar tidak membuat muat turun panik seperti kami memandangkan anda boleh memuat turunnya pada hari lain sehingga hari terakhir 21 Mei 2020. Jika anda berjaya memuat turunnya, beritahu kami!

Terkini, sumber melaporkan Epic Games Store telah mengumumkan penawaran game percuma di Epic Games Store melalui akan Twitternya. Apa yang menariknya, pengumuman yang telah dipadam itu mendakwa game misteri tersebut adalah GTA V atau GTA 5 (tidak pasti tentang nama rasminya).

Melihat pada akaun Twitter Epic Games yang terkini, sememangnya pengumuman tersebut telah dipadam. Namun, masih terdapat pengumuman bahawa game misteri itu bakal dapat dimuat turun secara percuma pada malam ini (14 Mac 2020).

Telah dipadam
Game misteri di sebelah kanan yang dipercayai GTA V

Maklumat yang pasti adalah game misteri ini bakal ditawarkan percuma bermula malam ini sehingga 21 Mei 2020. Jika benar ianya adalah GTA 5/GTA V, penawaran ini adalah penawaran terbaik!

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk kemas kini berita ini!

Sumber: Gamersky.com | Wario64

Exit mobile version