Site icon TechNave BM

GTA Trilogy Definitive Edition diumum, tampilkan semula GTA3, Vice City dan San Andreas

Rockstar Games telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan semula siri game popular Grand Theft Auto III, Grand Theft Auto Vice City dan Grand Theft Auto San Andreas dalam versi remaster HD. Ketiga-tiga game akan dilancar dalam pakej Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition.

Rockstar akan menawarkannya dalam platform PlayStation, Xbox, PC Rockstar Games Launcher dan Nintendo Switch. Mereka tidak menyatakan tarikh pelancarannya namun ia akan dilancar pada tahun ini. Ia akan turut dilancar untuk platform iOS serta Android pada tahun hadapan.

Pembina game itu mengatakan ketiga-tiga game akan mengalami penambahbaikan daripada segi grafik dan corak permainan. Sungguh pun begitu, Rockstar menjelaskan bahawa mereka akan mengekalkan seni asal (feel of the originals) game-game tersebut sewaktu ia dilancar untuk PlayStation 2.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version