Site icon TechNave BM

GTA3, Vice City dan San Andreas mungkin akan dilancar semula dalam versi “remaster”

Siri permainan video Grand Theft Auto (GTA) merupakan antara siri yang paling terkenal di seluruh dunia dan kini beberapa game lama dalam siri tersebut mungkin akan dilancar semula sebagai edisi remaster. Ini termasuklah Grand Theft Auto 3, Grand Theft Auto Vice City dan Grand Theft Auto San Andreas.

Game-game ini dikhabarkan akan dilancar untuk platform PlayStation (PS) 4, PS5, Xbox One, Xbox Series X/S, Nintendo Switch, PC, Stadia dan telefon pintar bermula hujung tahun 2021. Penerbit game tersebut, Take-Two Interactive, telah pun mengesahkan bahawa mereka sedang membangunkan semula tiga game lama namun mereka tidak menyatakan apakah game yang sedang dibangunkan.

Ketiga-tiga game tersebut dilapor sedang dibangunkan dengan Unreal Engine untuk memberi gabungan grafik baru dan lama. Corak permainannya pula tidak banyak berbeza dengan game asal yang dilancar untuk platform PS2. Khabar ini semakin hangat dikatakan apabila Take-Two Interactive bertindak membuang video yang mempunyai kandungan ubahsuai (mods) untuk game GTA lama.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan GTA remaster ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Kotaku

Exit mobile version