Site icon TechNave BM

Gucci X iPhone 12 Pro Max dilancar: Ditatah 127 berlian, harga sehingga ~RM24,245

Anda mungkin mengenali jenama Gucci, sebuah jenama fesyen dan barangan mewah dari Itali. Baru-baru ini, jenama Gucci dilapor melancarkan iPhone 12 Pro Max edisi khas dilitupi rekaan eksklusif darinya. iPhone 12 Pro Max edisi Gucci ini hanya tersedia sebanyak 80 unit sahaja di dalam dunia.

Ia hadir dengan spesifikasi asal iPhone 12 Pro Max yang boleh disemak di pautan ini. Apa yang menariknya, edisi ekslusif ini hadir dengan dua varian, varian standard dan varian bertatahkan berlian. Peranti ini lengkap dengan litupan monogram logo Gucci pada panel belakangnya.

Perbezaan di antara versi standard dan versi berlian adalah pada bahagian bingkai lensa, bingkai sisi dan logo di belakang yang hadir dengan berlian. Dilaporkan, iPhone 12 Pro Max varian dengan harga tertinggi hadir bersama 127 berlian Afrika Selatan tulen. Anda boleh melihat susunan berlian di bingkai bersama litupan emas ros 18K.

Kedua-dua varian dijual dengan model storan 256GB. Varian standard berharga 27,888 Yuan (~RM17,387), manakala varian berlian dijual dengan harga 38,888 Yuan (~RM24,245). Apa pun, kami tidak pasti mengenai maklumat penjualannya jika ada peminat yang ingin mendapatkannya.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Tencent-QQ.com

Exit mobile version