Site icon TechNave BM

Gunakan Kad Debit GXBank untuk bayar tol dan nikmati rebat tunai 1%!

GXBank yang merupakan bank digital pertama Malaysia kini menawarkan diskaun baharu untuk tol sebanyak 1% jika anda membayar menggunakan Kad Debit GXBank. Terdahulu, maklumat laman rasmi GXBank menunjukkan bahawa pengguna boleh menikmati kadar faedah tahunan sebanyak 5% apabila mendepositkan ke dalam Saving Pockets GXBank.

Pengguna perlu memasukkan dana ke dalam Saving Pockets untuk menikmati kadar faedah deposit 5%. Jika pengguna mendepositkan dana ke dalam Akaun Utama, mereka hanya boleh menikmati kadar faedah deposit 3%. Faedah deposit 5% adalah terhad kepada deposit RM5,000 pertama.

Berikut ialah senarai perkhidamatan yang tidak layak mendapat rebat tunai 1%:

  1. Bayar yuran kad baharu, yuran tahunan
  2. Urus niaga pengeluaran
  3. Caj semula e-dompet
  4. Pembayaran kepada transaksi AirPay Malaysia Sdn Bhd (Shopee)
  5. Transaksi yang berkaitan dengan SSPN Prime atau SSPN Plus
  6. Bayaran insurans
  7. Yuran berkaitan kerajaan (tiket, cukai pendapatan dan lain-lain)
  8. Yuran yang dibayar kepada organisasi amal atau sosial
  9. Urus niaga berkaitan perjudian
  10. Mata wang kripto, mata wang asing atau urus niaga broker
  11. Urus niaga tidak sah, urus niaga bayaran balik
  12. Urus niaga lain yang ditentukan oleh GXBank

Menariknya, setiap kali anda menggunakan Kad GX, anda mungkin mendapat pulangan tunai tambahan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version