Site icon TechNave BM

GWM Malaysia lancarkan Pusat Pengalaman Komprehensif 4S pertamanya di USJ Subang

Great Wall Motor (GWM) Malaysia telah merasmikan Pusat Pengalaman Komprehensif 4S pertamanya iaitu sebuah pusat pengedar seluas 3 ekar terletak di USJ Subang. Kemudahan baharu ini menandakan bahawa Great Wall Motor kini satu langkah maju ke hadapan dalam mengembangkan rangkaian pengedar di Malaysia, dengan kerjasama Superhub Auto.

Superhub 4S baharu merangkumi jualan, servis, alat ganti serta kemudahan badan dan cat. Jualan dan perkhidmatan di pusat pengalaman komprehensif ini mencerminkan komitmen GWM untuk menyampaikan hasil yang terbaik dalam setiap aspek.

Sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangan rangkaian berterusan, GWM sedang aktif memilih pengedar yang berkualiti tinggi untuk mengukuhkan liputan rangkaian. Dengan mengembangkan rangkaian pengedar, GWM berhasrat untuk menyediakan akses secara meluas kepada pelbagai produk dan servis selepas jualan.

Pembukaan Pusat Superhub 4S dan Pusat Pengalaman Komprehensif di USJ menandakan sebuah peristiwa penting bagi Great Wall Motor Malaysia. Pelanggan dan peminat automotif dijemput untuk melawat bilik pameran bagi melihat kenderaan terbaharu serta perkhidmatan secara langsung.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi GWM Malaysia atau terus melawat bilik pameran 4S baharu di USJ, Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version