Site icon TechNave BM

GXBank umum kemas kini baharu untuk had pengeluaran ATM, program pulangan tunai

GXBank hari ini mengumumkan beberapa perubahan produk termasuk had pengecualian caj pengeluaran ATM dan penyesuaian program pulangan tunai. Bermula 6 Mei hingga 5 Ogos 2025, pelanggan akan menerima 0.2% pulangan tunai bagi transaksi DuitNow QR, terhad kepada RM5 sebulan.

Pelanggan yang paut ID DuitNow ke akaun GXBank buat kali pertama akan dapat RM8 pulangan tunai, jika kekal dipaut selama 30 hari berturut-turut. Mulai tarikh sama, pengeluaran ATM percuma dihadkan sekali sebulan untuk setiap pelanggan.

GXBank akui perubahan ini mungkin tidak digemari semua tetapi 97% pelanggan telah menggunakan kaedah tanpa tunai seperti Kad GXBank dan DuitNow QR. GXBank turut memaklumkan bahawa penjimatan daripada penyesuaian ini akan disalurkan semula untuk memperkukuh pelbagai inisiatif produk masa hadapan, termasuk:

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version