Site icon TechNave BM

Hab pengecasan EV GO TO-U dilancar, terletak di RekaScape Cyberjaya

Cyberview Sdn. Bhd. (Cyberview) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Roda Emas Industries Sdn. Bhd. (REISB) mengenai pembangunan Ekosistem Mobiliti Pintar di Cyberjaya yang akan memberi tumpuan kepada infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan Hab Gaya Hidup EV GO TO-U.

Majlis menandatangani perjanjian yang berlangsung di RekaScape di Cyberjaya disaksikan oleh Yang Berhormat Tuan Nik Nazmi bin Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim. Penggunaan Smart Teknologi mobiliti adalah penting dalam mengurangkan pelepasan karbon sistem pengangkutan dan menyumbang kepada Cyberjaya yang lebih mampan.

Kerjasama ini akan menyaksikan Cyberview dan REISB meneroka potensi kerjasama untuk pengembangan stesen pengecas EV dan sistem pengurusan ke lokasi strategik lain di Malaysia. YB Tuan Nik Nazmi berkata Malaysia komited sepenuhnya untuk berusaha ke arah karbon rendah dan menyasarkan tahun 2050 untuk pelepasan sifar GHG.

Salah satu cara untuk mencapai matlamat ini ialah dengan menyahkarbonkan sektor pengangkutan darat melalui penggunaan kenderaan elektrik untuk mencapai masa depan yang mampan dan rendah karbon untuk Malaysia. Pada masa ini terdapat 17 stesen pengecasan di Cyberjaya memberi perkhidmatan kepada lebih 500 pengguna EV.

Untuk pengetahuan, terdapat pengurangan yang direkodkan lebih daripada 54,000 kg pelepasan karbon CO2. Dengan pelancaran Hab Gaya Hidup EV GO TO-U, REISB menyokong langkah kerajaan mengenai pengembangan EV untuk mencapai sasaran 10,000 stesen pengecasan di seluruh Malaysia menjelang 2025.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version