Site icon TechNave BM

Hadiah PERCUMA bernilai RM318 untuk peminat OPPO sempena Tahun Baru Cina

Sebagai tanda penghargaan untuk peminat di Malaysia atas sokongan yang berterusan, OPPO meraikan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tidak lama lagi.

Syarikat itu akan memberikan hadiah FREE GIFT BOX bernilai RM138 bermula dari 17 hingga 27 Januari 2020. Pada masa ini, peminat yang membeli sebarang telefon jenama OPPO dengan harga RM1,000 dan ke atas akan menerima kotak hadiah istimewa secara percuma!

Di samping itu peminat yang membeli OPPO Reno2 dan edisi Reno10x Zoom 12GB dalam talian juga boleh menambah RM300 untuk mendapat DJI Osmo Mobile 3 Combo terkini bernilai RM499! Selain itu, mereka juga akan menerima CNY GIFT BOX secara PERCUMA.

OPPO adalah antara jenama yang terkenal dalam industri telefon pintar kerana kreativiti dan teknologi mereka serta sentiasa memberi ganjaran kepada para pengguna terutama semasa musim perayaan. Pengguna boleh mendapatkan ganjaran FREE GIFT BOX yang bernilai RM138 termasuk lampu meja eksklusif, baucar OPPO Online Store bernilai RM20 dan baucar Online Coros bernilai RM50.

Dapatkan barangan dari OPPO di cawangan-cawangan yang terpilih. Kongsikan pendapat anda di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version