Site icon TechNave BM

Hampir semua butiran Samsung Galaxy Watch 3 tertiris sebelum pelancaran

Sumber memberitahu hampir semua butiran mengenai Samsung Galaxy Watch 3 yang akan dilancarkan tidak lama lagi di acara Samsung Unpacked pada 5 Ogos ini. Bukan sahaja spesifikasi jam tangan ini tertitis, tetapi juga beberapa gambar reka bentuk yang beresolusi tinggi.

Galaxy Watch 3 akan hadir dengan dua saiz berbeza iaitu 41mm dan 45mm, saiz 41mm ditujukan pada golongan wanita. Galaxy Watch 3 45mm akan dilengkapi dengan skrin sebesar 1.4 inci manakala 1.2 inci untuk saiz 41mm. Kedua-dua jam tangan ini akan menggunakan skrin SuperAMOLED dengan resolusi 360 x 360 pixel dan panel skrin Gorilla Glass DX untuk ketahanan yang lebih kukuh.

Sumber juga menyatakan Galaxy Watch 3 45mm akan hadir dengan bateri saiz 350mAh dan 247mAh untuk Galaxy Watch 3 41mm. Kedua-dua jam tangan dijangka boleh bertahan selama 56 jam dengan bateri yang penuh.

Galaxy Watch 3 akan menggunakan cipset Exynos 9110 dan perisian Tizen OS 5.5 yang hadir dengan muka jam yang pelbagai. Jam tangan ini juga akan mempunyai RAM 1GB dan storan 8GB serta ciri kalis habuk dan air IP68. Jam ini juga dikatakan akan hadir dengan
sensor pemantauan denyut jantung (heart rate monitoring sensor), pemantauan tidur (sleep monitoring), 39 jenis mod sukan dan fungsi ECG (Electrocardiograph).

Galaxy Watch 3 dijangka akan hadir dengan warna hitam, kelabu dan gangsa dan harganya masih lagi belum diketahui buat masa ini. Bagaimana dengan butiran Samsung Galaxy Watch 3 yang tertiris ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version