Site icon TechNave BM

Hampir semua spesifikasi Samsung Galaxy A52 5G muncul! Snapdragon 750G, RAM 8GB

Samsung Galaxy A51 ialah antara peranti paling popular di dunia pada tahun 2020. Ia popular mungkin kerana penawaran spesifikasi dan harganya setanding dengan keperluan pengguna. Terkini, hampir semua maklumat mengenai spesifikasi asas bakal calon peranti popular Samsung Galaxy A52 5G timbul di TENAA.

Samsung Galaxy A52 5G berukuran 159.9 x 75.1 x 8.4mm, memiliki paparan skrin berlubang 6.5 inci AMOLED, bateri 4500mAh, cas 15W dan Snapdragon 750G. Peranti ini juga bakal hadir dengan versi 4G LTE yang mungkin dijana cipset Snapdragon 720G.

Tambah sumber, Galaxy A52 5G bakal hadir dengan varian RAM 8GB + storan 256GB dan varian RAM 6GB + storan 128GB. Pilihan warna yang bakal tersedia di pasaran adalah Black (Hitam), White (Putih), Violet (Ungu Lembayung) dan Blue (Biru).

Samsung Galaxy A52 5G ini mungkin dilancar bersama Samsung Galaxy A72 5G dalam waktu yang terdekat. Terdahulu, Galaxy A51 berharga RM1,299 manakala Galaxy A71 berharga RM1,799 sahaja di pasaran Malaysia. Beritahu pendapat anda mengenai Galaxy A52 5G di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version