Site icon TechNave BM

Hantar cadangan berinovasi anda untuk memerangi COVID-19 kepada kerajaan Malaysia

MOSTI? Untuk yang masih tidak tahu, MOSTI adalah singkatan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. MOSTI kini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan cadangan inovasi berikutan penularan COVID-19 di Malaysia.

Sebagai maklumat, cadangan yang dikemukakan mestilah berasaskan Sains, Teknologi dan Inovasi. Bukan itu sahaja, anda perlu memastikan cadangan anda mampu dilaksana dan cepat untuk digerakkan.

MOSTI memberi contoh projek yang boleh dilaksanakan adalah penghasilan topeng melalui cetakan 3D, material gantian untuk kelengkapan PPE dan reverse engineering untuk pengeluaran keperluan segera.

Kami pasti anda mempunyai cadangan inovasi lain! Anda boleh menghantar cadangan anda melalui e-mel covid19@mosti.gov.my atau saluran lain yang terpapar di poster di atas. Kami berharap agar cadangan berinovasi anda terpilih untuk proses selanjutnya!

Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Exit mobile version