Site icon TechNave BM

Hantar filem pendek anda ke Huawei Film Awards dan menangi hadiah utama bernilai RM81860

Pada masa kini, anda boleh merakam video dengan pelbagai alatan termasuklah alatan mudah seperti telefon pintar. Untuk menggalakkan pengguna telefon pintar berkreativiti, Huawei telah mengumumkan anugerah Huawei Film Awards dengan hadiah utamanya USD20000 (RM81860).

Anugerah Huawei Film Awards terbuka kepada semua filem pendek yang dirakam menggunakan telefon pintar Huawei. Anugerah ini hadir dengan hadiah untuk pelbagai kategori termasuklah APAC Best Film bersama hadiah utamanya. Huawei telah mula menerima penyerahan filem pendek sehingga 11.59 pm (GMT+8) pada 25 Februari 2020. Untuk terma dan syarat pertandingan, anda boleh ketahui dengan lebih lanjut di sini.

Berminat untuk menyertainya? Ini adalah peluang untuk menjadi kreatif dan merebut peluang untuk menang besar. Beritahu kami di laman Facebook, video bagaimana yang anda ingin hasilkan. Teruskan bersama TechNaveBM.com untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave.com

Exit mobile version