Site icon TechNave BM

Haptik cipta nCov Helpdesk, chatbot pada WhatsApp untuk membantu menyemak maklumat tentang COVID-19

Berita mengenai COVID-19 yang kononnya sudah ada mangsa yang telah dijangkiti di KL Sentral adalah PALSU. Malaysia bukanlah satu-satunya negara yang mempunyai berita seperti itu. Maka untuk menangani penyebaran maklumat palsu, sebuah syarikat telah mencipta chatbot yang dipanggil “nCov helpdesk” untuk menyelesaikannya.

Direka dan diprogramkan oleh Haptik, salah satu syarikat Perbualan AI terbesar di India, menawarkan akses untuk pengguna WhatsApp menggunakan meja bantuan nCov (nCov helpdesk) secara percuma. Ianya berfungsi sebagai chatbot dan memberi anda maklumat mengenai virus melalui pembelajaran mesin dan menganalisa pertanyaan. Menurut Aakrit Vasih, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Haptik, semua maklumat disediakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya ianya boleh dipercayai.

Saya telah mencuba sendiri chatbot ini dan ternyata ianya berfungsi. Jika anda ingin mencubanya, anda boleh menghantar mesej WhatsApp ke nombor +91 93213 98773 atau klik pada pautan web di sini. Ia juga berfungsi pada versi desktop anda.

Haptik menggalakkan setiap pengguna WhatsApp berkongsi isu semasa supaya lebih ramai orang tahu mengenai virus itu. Jadi marilah kita menjadi rakyat yang bertanggungjawab dan tidak berkongsi maklumat yang tidak sahih! Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Haptik

Exit mobile version