Isu ditipu secara dalam talian bukan lagi perkara yang asing dalam kalangan warganet. Penjualan telefon pintar atau gajet secara dalam talian telah mendapat sambutan sejak dahulu. Tidak kurang juga dengan isu penipuan siber memandangkan terdapat rakyat Malaysia yang baru sahaja kerugian RM6800 kerana mempercayai penawaran menarik pembelian telefon pintar.
Menurut laporan polis, mangsa penipuan kedua-duanya berumur 16 tahun dan 46 tahun. Mangsa remaja tersebut terjebak ke dalam perangkap penawaran harga iPhone 6S Plus berharga RM450 di laman Instagram (terlalu murah). Penawaran harga tersebut membuatkan mangsa membeli dua unit iPhone berjumlah RM900 dan memindahkan wang RM1000 (tambahan caj penghantaran RM100).
Mangsa berumur 46 tahun pula tertipu dengan penawaran jualan Sony Xperia XZ3 berharga RM1100. Mangsa kemudiannya menghubungi penjual melalui WhatsApp untuk membuat urusan pembelian. Pemindahan wang termasuklah caj tambahan berjumla RM4900 telah dilakukan.
Setakat ini, kedua-dua mangsa masih tidak menerima telefon pintar mereka dan bertindak untuk membuat laporan polis. Kami menyarankan anda agar berhati-hati dalam melakukan pembelian secara dalam talian terutamanya untuk telefon pintar. Kami faham anda ingin mencari penawaran harga yang baik, tetapi anda perlu ingat penawaran harga adalah seiring dengan spesifikasi telefon pintar. Anda boleh merujuk cara beli telefon pintar original secara online dengan selamat. Jika anda masih tidak tahu, anda boleh membandingkan harga dan spesifikasi telefon pintar melalui aplikasi kami yang boleh didapati di Google Play Store atau App Store. Bukan itu sahaja, anda boleh mencari kedai berdekatan yang menjual peranti yang anda inginkan.
Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: sinchew

