Site icon TechNave BM

Harga aksesori PS5 diumumkan, ‘controller’ DualSense berharga ~RM290

Selain dari pengumuman harga PlayStation 5 pada pagi tadi, Sony juga telah memberitahu harga-harga aksesori untuk konsol PS5 yang akan datang ini.

Harga yang dinanti ramai adalah controller DualSense, dan ianya mempunyai tanda harga $69.99 (~RM290). Harga ini dilihat menaik sebanyak $10 (~RM41.4) berbanding DualShock 4 yang dahulu.

Hal ini dijangka berlaku kerana teknologi maklum balas haptik dan ciri adaptive triggers yang baru dari Sony ini tidak boleh dihasilkan dengan harga yang murah. Untuk pengecas yang dapat mengecas dua controller DualSense pula, ianya dijual pada tanda harga $29.99 (RM124.3).

Sementara itu, alat dengar tanpa wayar Pulse 3D yang menyokong audio 3D itu berharga $99.99 (RM414.3) dan alat kawalan jauh media PS5 pula berharga $29.99 (RM124.3).

Akhir sekali, kamera HD yang mempunyai dua lensa 1080P yang membolehkan pengguna untuk siarkan strim permainan secara terus dari PlayStation 5 akan berharga $59.99 (RM248.6).

Senarai aksesori PS5

Pelbagai lagi aksesori PlayStation yang akan dilancarkan bersama konsol PS5 pada 12 November ini.

Adakah anda teruja dengan harga baru aksesori PS5 ini? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TheVerge

Exit mobile version