Site icon TechNave BM

Harga Apple Watch Series 7 di Malaysia diumumkan, bermula RM1,749

Jam tangan pintar Apple Watch Series 7 akan mula ditawarkan untuk pra-pesanan bermula hari Jumaat depan di beberapa negara terpilih, namun peminat Apple di Malaysia tidak boleh membelinya pada hari tersebut. Walau bagaimanapun harganya untuk pasaran Malaysia kini sudah pun diumumkan, bermula RM1,749.

Berikut adalah senarai harga untuk Apple Watch Series 7:

Apple Watch series 7 (aluminium)

Apple Watch Series 7 (besi tahan karat)

Apple Watch Series 7 (model Nike)

Secara kasar, harga untuk Series 7 tidak berbeza dengan Series 6 dalam semua varian. Sungguh pun begitu, Series 7 adalah lebih besar berbanding Series 6 iaitu 41mm dan 45mm (daripada 40mm dan 44mm). Setakat ini masih tiada maklumat tentang tarikh keberadaannya di Malaysia.

Layari laman web Apple Malaysia untuk maklumat lanjut tentang jam ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan jam ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version