Site icon TechNave BM

Harga ASUS ROG Phone 3 di Malaysia tidak banyak berubah dari ROG Phone 2

ASUS Malaysia hari ini telah mengesahkan beberapa maklumat rasmi berkenaan ASUS ROg Phone 3 yang bakal dilancarkan.

Pihak mereka menyatakan bahawa ASUS ROG Phone 3 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada sekitar pertengahan bulan September 2020. Untuk pengetahuan anda, ASUS Malaysia masih tidak mengumumkan harga ROG Phone 3, tetapi memberi bayangan bahawa harganya hampir sama dengan model sebelum ini, ASUS ROG Phone 2.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai ASUS ROG Phone 3 di pautan ini. Peranti gaming ini bakal dilancarkan secara global pada 22 Julai 202O.

Apakah jangkaan harga anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version