Site icon TechNave BM

Harga dan tarikh penjualan rasmi PlayStation 5 di Malaysia diumum, bermula RM1,869

Sony mengesahkan bahawa konsol gaming PlayStation 5 (PS5) akan mula dijual di Malaysia pada hari Jumaat, 11 Disember dengan harga RM1,869 untuk varian Digital Edition dan RM2,299 untuk varian Ultra HD Blu-Ray.

Pra-jualan akan bermula pada hari esok (Khamis, 12 November) di wakil jualan terpilih. Turut dilancarkan bersama konsol tersebut adalah game PS5 eksklusif daripada SIE Worldwide Studios seperti Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Demon’s Souls yang berharga daripada RM209 hingga RM299.

Sony turut mengumumkan harga rasmi untuk aksesori PS5, termasuklah controller DualSense (RM349), fon kepala wayarles PULSE 3D (RM469), kamera HD dengan lensa 1080p (RM279), alat kawalan jauh (RM149) dan pengecas controller DualSense (RM149). Untuk maklumat lanjut tentang pembelian PS5, layari laman web Sony Malaysia.

Pra-tempahan konsol PlayStation 5 dan aksesori-aksesorinya juga boleh dibuat di Shopee bermula 12 November jam 12:00 tengah malam. Ini termasuklah controller DualSense, pengecas controller, fon kepala PULSE 3D dan banyak lagi.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membuat pra-tempahan untuk PS5 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version