Site icon TechNave BM

Harga dan warna Samsung Galaxy A52 tertiris, terdiri daripada 4 warna bermula ~RM1,708

Maklumat awal tentang telefon pintar kelas pertengahan Samsung Galaxy A52 telah pun banyak dikupas oleh media baru-baru ini, namun maklumat tentang penawaran warnanya masih belum diketahui. Kini media dari Jerman melaporkan bahawa Galaxy A52 mungkin akan ditawarkan dalam empat warna.

Galaxy A52 mungkin akan ditawarkan dalam warna hitam, biru muda, putih dan ungu. Harganya untuk pasaran Eropah juga telah dilaporkan, bermula €349 (~RM1,708) untuk versi 4G dan €429 (~RM2,100) untuk varian 5G.

Pilihan warna Samsung Galaxy A52

Ini adalah selari dengan harga awal yang telah dilaporkan untuk pasaran Vietnam, di mana harganya adalah lebih kurang sama. Kebanyakan spesifikasi untuk Galaxy A52 telah pun dilaporkan, termasuk cipset Snapdragon 720G untuk varian 4G, cipset Snapdragon 750G untuk varian 5G, skrin 90Hz 6.5 inci, bateri 4,500mAh dan kamera 64MP+8MP+5MP+2MP.

Baca maklumat terkini untuk Galaxy A52 setakat ini di sini.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WinFuture

Exit mobile version