Site icon TechNave BM

Harga global untuk Xiaomi Mi 11 bocor dan didakwa mahal, bermula ~RM3,897

Jika anda masih tidak tahu, Xiaomi Mi 11 bakal dilancar secara global pada 8 Februari 2021 setelah ia dilancar buat pertama kali di China pada hujung Disember 2020. Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan harga di pasaran global untuk Xiaomi Mi 11.

Perlu diingatkan bahawa harga global ini adalah ura-ura sahaja, bukan dari pihak rasmi Xiaomi dan ianya merujuk kepada nilai matawang Eropah. Harga di pasaran Malaysia adalah berbeza, namun kita boleh menjadikannya rujukan buat sementara.

Menurut sumber, jika harga ini adalah benar, jurang harga di antara harga di pasaran China dan global adalah lebih jauh berbanding harga siri Mi 10 kerana harga Mi 10 sebelum ini adalah di bawah RM3,000. Tambahan pula, pasaran China memiliki varian RAM 12GB, namun harga untuk varian ini tidak disertakan.

Apa pun, ini adalah ura-ura sahaja dan harga ini mungkin juga tidak benar! Namun, apakah pandangan anda jika harga ini benar? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknlologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version