Site icon TechNave BM

Harga Google Pixel 5 lebih murah dari Pixel 4!

Pada minggu lepas, Google telah mengesahkan telefon flagship terbaru mereka, Google Pixel 5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Namun, spesifikasi dan harganya masih belum lagi diumumkan secara rasmi.

Berdasarkan sumber terkini, Google Pixel 5 dikatakan akan hadir dengan harga serendah $699 (~RM2934) iaitu harga yang lebih murah berbanding harga flagship sebelum ini, Google Pixel 4 yang dijual bermula $799 (~RM3354). Hal ini berlaku kerana terdapat sumber memberitahu Google Pixel 5 akan dilengkapi dengan cipset kelas pertengahan Snapdragon 765G bukannya cipset flagship Snapdragon 865 atau Snapdragon 865 Plus.

Google juga dikatakan akan menawarkan satu sahaja versi untuk telefon Pixel 5 ini iaitu versi XL yang lebih besar akibat daripada permintaan yang rendah pada Pixel 4 sebelum ini. Ia juga dijangka akan hadir dengan satu varian RAM dan storan sahaja iaitu RAM 6GB serta storan 128GB.

Hal ini memudahkan pengguna untuk kurang berfikir apabila ingin membuat pilihan belian telefon ini. Bagaimana dengan berita mengenai harga Google Pixel 5 ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version