Site icon TechNave BM

Harga GoPro Hero 10 Black tertiris, mungkin lebih mahal berbanding Hero 9

Pada bulan lalu, spesifikasi untuk kamera lasak GoPro Hero 10 Black telah tertiris di mana ia mungkin boleh merakam dalam resolusi 5.3K 60fps dengan penstabilan HyperSmooth 4.0. Kini, harganya pula telah dibocorkan oleh sebuah portal media Jerman.

Menurut portal tersebut, GoPro Hero 10 Black mungkin akan dijual pada harga bermula EUR540 (~RM2,645). Ini adalah jauh lebih mahal berbanding harga GoPro Hero 9 Black yang berharga EUR480 di Eropah dan RM2,099 di Malaysia sewaktu ia dilancar pada September 2020.

Baca artikel ini untuk spesifikasi GoPro Hero 10 Black yang telah tertiris setakat ini. Kamera itu dijangka akan dilancar pada hujung bulan September 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan GoPro baru dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WinFuture

Exit mobile version