Site icon TechNave BM

Harga HONOR V40 tertiris sebelum pelancaran pada 22 Januari

Maklumat tentang HONOR V40 iaitu telefon pertama HONOR selepas mereka keluar daripada HUAWEI, kini telah tertiris di mana maklumat terbaru adalah harganya. Berdasarkan sebuah penyenaraian pihak pengedar telefon di China, harga telefon tersebut bermula dari CNY3,999 (~RM2,499) untuk varian 8GB+128GB.

Sebelum ini, HONOR sudah pun mengesahkan bahawa V40 akan dilengkapi teknologi acceleration engine GPU Turbo X untuk gaming namun mereka tidak memperincikan bagaimana teknologi itu akan berfungsi.

Selain daripada itu, HONOR V40 dijangka akan datang dengan skrin OLED 120Hz 6.72 inci, cipset Dimensity 1000+, empat kamera termasuk kamera utama 50MP, pengecasan pantas 66W serta pengecasan wayarles 55W.

Pada asalnya, HONOR V40 dijadualkan untuk dilancar pada 18 Januari namun ia telah ditangguh ke 22 Januari. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon HONOR pasca-HUAWEI ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version