Site icon TechNave BM

Harga HONOR X10 Max didedahkan, Skrin 7.09 inci + Dimensity 800 + 5000mAh bermula ~ RM1,453

Memandangkan pelbagai desas-desus spesifikasi asasnya telah timbul di internet sebelum pelancarannya, perkara seterusnya yang warganet ingin tahu adalah harganya. Terkini, terdapat sumber yang mendakwa harga yang dipaparkan adalah harga HONOR X10 Max.

Gambar yang didedahkan ini menampakkan reka bentuk skrin 7.09 inci bertakuk titisan air HONOR X10 Max dengan jelas. Skrinnya juga dilaporkan bakal menyokong tahap kecerahan 780 nit, warna gamut bertahap filem IP3 dan HDR10.

Gambar di atas turut mendedahkan harga yang didakwa sebagai harga HONOR X10 Max mengikut varian tertenti. Harga 2399 Yuan (~RM1,453) dikatakan sebagai harga kepada varian 6GB + 64GB. Varian 6GB + 128GB pula dikatakan berharga 2599 Yuan (~RM1,574). Namun, tiada jangkaan harga untuk varian 8GB + 128GB.

Sepintas lalu, HONOr X10 max dilaporkan bakal dijana cipset Dimensity 800, bateri 5000mAh dan pelbagai spesifikasi lain pada berita yang lepas. Peranti ini akan dilancarkan pada 2 Julai 2020 di pasaran China.

Adakah anda teruja dengan HONOR X10 Max? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version