Site icon TechNave BM

Harga HUAWEI Mate Station S, MatePad 10.4 diumum di Malaysia: Bermula RM1,499

Terdahulu, HUAWEI telah mengumumkan kehadiran komputer meja HUAWEI Mate Station dan tablet MatePad di pasaran Malaysia. Harga komputer meja dan tablet terbarunya kini diumum bersama maklumat pra-tempahannya.

Sepintas lalu, HUAWEI MateStation S dilengkapi pemproses AMD Ryzen 5 4600G, setinggi 29cm dan selebar 9cm sahaja. Ia juga memiliki sensori jap jari yang diintegrasikan bersama butang kuasa. Anda boleh melihat spesifikasi penuhnya di pautan ini. terdapat pakej HUAWEI MateStation S yang hadir bersama monitor berukuran 23.8 inci FHD beresolusi 1920 x 1080P dengan sokongan perlindungan mata yang diperakui TUV Rheinland.

Selain HUAWEI MateStation S, HUAWEI Malaysia juga memperkenalkan HUAWEI MatePad 10.4 dengan paparan FullView 2K dan bateri sebesar 7250mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut tablet di pautan ini.

Menurut HUAWEI, pra-tempahan MatePad 10.4 bakal bermula pada 16 Mac hingga 19 Mac 2021, bersama hadiah percuma bernilai RM665. Harga HUAWEI MateStation juga dilihat terpapar di laman web rasmi, tetapi pra-tempahan atau pembeliannya dilihat dipaparkan dalam bentuk kiraan detik (4 hari lagi semasa berita ini ditulis). Berikut adalah harga menurut laman web rasmi HUAWEI Malaysia.

Kunjungi laman web rasmi HUAWEI Malaysia untuk maklumat lanjut. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version