Site icon TechNave BM

Harga HUAWEI Matebook D15 dalam promosi sehingga 31 Mac 2022 bermula RM2,099

Kini, anda boleh dapatkan komputer riba HUAWEI MateBook D15 Generasi Ke-10 i3 serba boleh pada harga hanya RM2,099 dan HUAWEI MateBook D15 Generasi Ke-10 i5 pada RM2,799 di HUAWEI Experience Store terdekat atau laman web rasmi HUAWEI. Kedua-dua pembelian akan disertakan dengan beg galas HUAWEI secara percuma sebelum 31 Mac 2022.

HUAWEI MateBook D15 menampilkan skrin IPS HUAWEI FullView 15.6 inci dengan nisbah skrin ke badan 87% sesuai untuk tugasan harian anda. Reka bentuk logam yang ringan dan ciri kolaborasi berbilang skrin meningkatkan pengalaman pengguna dalam apa jua suasana semasa bekerja dan belajar. Ia hadir dalam dua varian yang dikuasakan oleh pemproses Intel Core i5 dan Intel Core i3 generasi ke-10 yang akan memberikan prestasi yang baik dan lancar.

ProdukHarga Runcit (RRP)Harga PromosiHadiah Percuma
HUAWEI MateBook D15 10th Gen i3 (8+256GB)RM 2,399RM 2,099*Beg galas HUAWEI 
HUAWEI MateBook D15 10thGen i5 (8+512GB)RM 2,999RM 2,799*Beg galas HUAWEI 

Bagi mereka yang menginginkan komputer riba mampu milik, ini merupakan peluang anda untuk memiliki HUAWEI MateBook D15 dengan prestasi yang baik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version