Site icon TechNave BM

Harga iPad Pro 2020 dikurangkan bermula hari ini sebanyak RM450

Pada minggu lepas dalam acara Spring Loaded, Apple telah melancarkan iPad Pro yang baru untuk tahun ini di mana ia dilengkapi cip M1 yang sama dalam komputer riba MacBook. iPad Pro itu sudah pun disenaraikan dalam laman web Apple Malaysia namun ia masih belum dijual secara rasmi.

Walau bagaimanapun, buat mereka yang ingin membeli iPad Pro keluaran tahun lepas kini boleh membelinya dengan harga yang lebih murah. Laman web rasmi untuk Switch dan machines telah menurunkan harga iPad Pro 2020 sebanyak RM450, menjadikan harga baru bermula RM3,049. Berikut adalah butiran penuh untuk kedua-dua produk:

iPad Pro 2020 11 inci:

iPad Pro 2020 12.9 inci:

Pelanggan yang berminat untuk membeli iPad Pro tahun lepas boleh layari laman web Switch atau machines untuk maklumat lanjut. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version