Site icon TechNave BM

Harga iPhone 11 Pro dan Pro Max dapat diskaun RM500, petanda iPhone 12 semakin hampir?

Beberapa pengedar sah telefon pintar iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max telah menurunkan harga untuk kedua-dua peranti tersebut sebanyak RM500. Machines dan Switch telah menurunkan harga iPhone 11 Pro Max daripada RM5,299 ke RM4,799, manakala iPhone 11 Pro pula diturunkan daripada RM4,899 ke RM4,399.

Walau bagaimanapun, laman web Apple Malaysia masih menyenaraikan harga asal, iaitu RM5,299 untuk iPhone 11 Pro Max dan RM4,899 untuk iPhone 11 Pro.

Adakah ini petanda bahawa iPhone 12 akan hadir tidak lama lagi? Kita masih tidak mengetahui tentangnya, namun apa yang pasti ini adalah promosi yang menarik buat mereka yang ingin membeli iPhone 11 Pro sekarang.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave CN

Exit mobile version