Site icon TechNave BM

Harga iPhone 12 tidak semurah yang disangka, bermula ~RM3192 kerana 5G dan skrin OLED

Dalam beberapa bulan dan minggu yang lepas, terdapat pelbagai sumber yang menjangkakan harga siri iPhone 12 bakal menjadi lebih murah. Terkini, penganalisis teknologi bernama Jeff Pu menyatakan perkara yang sebaliknya, iPhone 12 bakal hadir dengan harga tidak semurah yang disangka.

Menurut sumber, iPhone 12 bakal hadir dengan harga bermula $749 (~RM3,192). Harga permulaan ini tentu sekali pada iPhone 12 5.4 inci dan iPhone 12 varian lain mungkin tampil dengan penawaran harga yang lebih tinggi. Walaupun berita iPhone 12 bakal hadir tanpa pengecas dan fon telinga telah tular, namun sepertinya terdapat faktor lain yang mungkin tidak akan menurunkan harga iPhone 12.

Antara faktor lain adalah ciri skrin OLED dan sokongan 5G. Namun, masihkah anda ingat pada berita mengenai iPhone 12 yang mungkin mempunyai varian 4G dan 5G? Memandangkan semua ini adalah khabar tidak rasmi, kami sarankan anda untuk mempertimbangkan semua maklumat ini sebagai informasi tambahan sahaja.

Apa pun, masih ada harapan untuk peminat yang ingin mendapatkan iPhone 12 dengan harga berpatutan memandangkan pelancaran dan harga rasminya mungkin diumumkan September ini. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: techradar

Exit mobile version