Site icon TechNave BM

Harga iPhone 13 mungkin lebih mahal akibat dari harga cip yang meningkat

Malangnya, telefon pintar siri iPhone 13 dikhabarkan akan menjadi lebih mahal berbanding generasi lalunya. Ini adalah kerana pengeluar cip TSMC telah memberitahu pelanggannya bahawa mereka akan meletakkan tambahan harga 20% untuk semua proses teknologinya. Disebabkan Apple adalah pelanggan terbesar mereka, jadi harga peranti Apple akan datang pastinya akan terkesan.

Sebelum ini, laporan menyatakan terdapat penambahan 10% kepada cip yang menggunakan proses teknologi 5nm dan 7nm, dan 20% kepada cip bersaiz 16nm dan lebih besar. Apple iPhone 13 bakal hadir dengan cip 5nm A15 Bionic, jadi mereka mungkin mengambil langkah yang lebih untuk tambahan harga yang lain.

Siri iPhone 13 dijangka akan memasuki pasaran pada bulan hadapan dengan beberapa ciri baru yang menarik. Ia mungkin dilengkapi skrin dengan kadar segar semula yang tinggi, bateri yang lebih besar dan ciri kamera baru.

Berikan komen anda mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Diterjemahkan dari TechNave

Exit mobile version