Site icon TechNave BM

Harga iPhone 15 Ultra akan jauh lebih mahal akibat peningkatan kos komponen

Walaupun iPhone 15 masih belum dikeluarkan, khabar angin mengenai harga peranti itu menunjukkan bahawa ia berada dalam kategori produk mewah terutama iPhone 15 Ultra yang mungkin menggantikan model Pro Max semasa.

Kita sedia maklum bahawa kenaikan mendadak dalam kos komponen elektronik akan menyumbang kepada peningkatan ketara pada harga peranti elektronik dalam beberapa bulan akan datang. Seperti yang kita tahu, Apple akan menaikkan semula kos perantinya pada 2023.

iPhone 15 Ultra akan mempunyai harga asas antara $1199 (~RM5,280) dan $1299 (~RM5,720). Harga untuk produk ini berbeza dengan ketara antara 9% dan 18% daripada harga untuk iPhone 14 Pro Max semasa. Walaupun belum pasti, khabar angin tentang kenaikan harga iPhone 15 Ultra adalah satu kemungkinan yang bakal berlaku.

Kita mesti menerima bahawa pertumbuhan harga telefon pintar secara keseluruhan adalah semula jadi kerana Apple sentiasa menaik taraf produk dan komponen berkualiti seperti titanium. Setakat ini, Apple mengatakan bahawa iPhone 15 Ultra akan hadir dalam satu warna sahaja sama seperti warna Apple Watch Ultra.

Untuk kepastian, sama-sama kita tunggu kemunculannya pada September 2023 nanti. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Gizchina

Exit mobile version