Site icon TechNave BM

Harga iPhone SE 2020 mungkin turun ke $349 (~RM1459) selepas iPhone 12 dilancarkan

Sebelum ini, iPhone SE 2020 telah dilancarkan pada tanda harga $399 untuk pasaran Amerika Syarikat dan RM1,999 untuk pasaran Malaysia. Untuk harga tersebut, ianya dilihat sebagai sebuah telefon pintar yang berbaloi kerana spesifikasi yang ditawarkan adalah hebat setaraf telefon flagship yang lain.

Kini, sumber terbaru menyatakan harga iPhone SE 2020 ini akan turun setelah siri iPhone 12 dilancarkan pada bulan Oktober ini. Harganya dijangkakan akan turun ke $349 (~RM1,459), sama seperti harga Pixel 4a yang baru dilancarkan di Amerika Syarikat. iPhone 11 juga dijangkakan akan turun sehingga $549 (~RM2,294) berbanding harga asal RM3,399.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan ini hanyalah jangkaan sahaja mengenai penurunan harga telefon. Adakah anda gembira mengenai penurunan harga telefon jenama Apple ini? Kongsikan dengan kami di Facebook dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini.

Exit mobile version