Site icon TechNave BM

Harga kad grafik NVIDIA dan AMD turun hampir separuh, pasaran semakin stabil

Dalam dua tahun yang lalu, pasaran kad grafik menjadi tidak tentu dengan kekurangan bekalan komponen cipset dan aktiviti perlombongan (mining) menggunakan kad grafik untuk memperoleh mata wang maya.

3DCenter telah mengemas kini harga kad grafik terkini di Jerman serta Austria dan mendapati bahawa harga purata terus menurun bagi kedua-dua kad grafik NVIDIA dan AMD. Purata harga menurun daripada 187% dan 183% pada pertengahan Disember tahun lalu hingga 177% dan 167%.

Jika dibandingkan dengan puncak 318% dan 216% pada Mei tahun lepas, NVIDIA telah mengurangkan harga purata sebanyak 44% dan AMD pula ialah sebanyak 23%. Ini juga dipengaruhi dengan kemerosotan dalam pasaran mata wang maya baru-baru ini. Untuk pengetahuan, harga pada Julai-Ogos tahun lalu adalah lebih rendah daripada sekarang.

Harga terendah untuk NVIDIA dan AMD masing-masing turun kepada 155% dan 148% tetapi ia terus meningkat sejak dari itu. Daripada segi model tertentu, RTX 3080 12GB yang baru dikeluarkan mempunyai kenaikan harga terpantas iaitu hampir dua kali ganda secara purata. RTX 3060 Ti dan RX 6800 juga telah meningkat lebih daripada 90%.

RTX 3060, RTX 3070 dan RX 6800 XT telah melebihi peningkatan harga sebanyak 80%. Walaupun ini hanya situasi dalam pasaran Jerman dan Austria, ia mencerminkan trend yang agak menyeluruh. Ditambah dengan pengeluaran secara besar-besaran kad grafik peringkat permulaan seperti RX 6500 XT dan RTX 3050, pasaran kad grafik mungkin menjadi stabil kembali.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Fast Technology

Exit mobile version