Site icon TechNave BM

Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan bagi pelan berasingan tanpa iklan untuk Disney+ dan Hulu masing-masing meningkat sebanyak $2.50 atau 13 peratus.

Peningkatannya menjadikan harga langganan bulanan bagi kedua-dua platform berkenaan naik daripada $18.99 kepada $21.49. Bagi pelan berasingan yang disertakan iklan, Disney+ dan Hulu masing-masing mengalami kenaikan sebanyak 50 sen menjadikan bayaran bulanan meningkat daripada $11.99 kepada $12.49.

Dalam pada itu, harga bagi pakej Disney+ dan Hulu tanpa iklan meningkat sebanyak $2 kepada $21.99 sebulan. Tawaran pakej dengan iklan untuk Disney+ dan Hulu kekal tanpa sebarang perubahan pada harga $12.99 sebulan.

Pelarasan harga baharu berkuatkuasa serta-merta untuk pelanggan baharu manakala pelanggan sedia ada dijangka menerima makluman sebelum bil bulanan seterusnya diselaraskan. Langkah penyelarasan langganan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada strategi syarikat untuk mengurangkan kadar pembatalan langganan dan menggalakkan pengguna beralih kepada pakej.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version