Site icon TechNave BM

Harga langganan Netflix di Malaysia naik, kini bermula RM18.90

Netflix Malaysia hari ini mengumumkan peningkatan harga untuk semua pelan langganannya dan ia akan berkuat kuasa serta-merta.

Berikut adalah senarai harga baharu untuk empat pelan Netflix yang ditawarkan dalam Malaysia:

Selain daripada peningkatan harga, Netflix tidak membuat sebarang perubahan kepada manfaat yang ditawarkan dalam setiap pelan. Mobile menawarkan siaran dalam resolusi 480p dan boleh ditonton dalam peranti mudah alih sahaja (telefon pintar dan tablet), manakala Basic menawarkan resolusi 720p dan boleh ditonton dalam skrin lebih besar seperti televisyen dan komputer.

Jika anda mahu gunakan Netflix dalam lebih daripada satu peranti serentak, anda perlu dapatkan pelan Standard atau Premium. Standard menawarkan siaran dalam resolusi 1080p, manakala Premium menawarkan siaran 4K+HDR.

Beritahu kami di Facebook jika peningkatan harga ini menjejaskan anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Netflix

Exit mobile version