Site icon TechNave BM

Harga mahal bukan pada PlayStation 5, tetapi mungkin pada ‘game’ PS5 bernilai ~RM299

Masihkah anda ingat pada makluman harga jangkaan PlayStation 5 (PS5) yang dilaporkan pada hujung minggu lalu? Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan ramalan harga game PS5 yang lebih mahal daripada game PS4.

Jika melihat kepada harga jangkaan tersebut, harganya lebih kurang sama dengan PS4 (cakera fizikal 500GB) terdahulu. Tidak mustahil jika harganya sebegitu, namun agak mustahil jika harga game PS5 adalah sama dengan game PS4.

Terdapat warganet yang melihat harga jualan game NBA 2K21 berharga $70 (~RM299), yang mana lebih mahal $10 daripada NBA 2K20. Apa pun, CEO IDG Consulting menyatakan tidak semua game bakal memiliki harga $70. Hanya game Triple A seperti NVA 2K yang biasanya memiliki harga yang lebih tinggi.

NBA 2K20
NBA 2K21

Seperti yang kami nyatakan, tidak mustahil jika harga game Triple A sedikit tinggi memandangkan kualiti yang telah dinaik taraf untuk pengalaman gaming yang semakin memuaskan. Anda boleh melihat senarai game PS5 yang telah disahkan Sony disini.

Apakah jangkaan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version