Site icon TechNave BM

Harga model lama Nintendo Switch mungkin akan diturunkan dalam masa terdekat

Pada bulan Julai, Nintendo mengumumkan penyegaran semula konsol Nintendo Switch di mana ia dinaiktaraf ke skrin OLED baru seperti yang dinyatakan di sini. Menjelang pelancaran model Switch baru, harga untuk model lama dijangka akan menurun.

Menurut @nintedalerts (melalui VGC), Nintendo akan menurunkan harga model Switch semasa yang berharga 299 Euro (~RM1,462) menjadi antara 249 hingga 269 Euro (~RM1,217 hingga RM1,315). Sebagai rujukan, Nintendo Switch yang dijual di Malaysia sekarang adalah sekitar RM1,299. Sekiranya khabar angin mengenai penurunan harga itu benar, kami menganggarkan harga baru di Malaysia adalah sekitar RM1,149.

Ini merupakan tawaran yang baik kepada pembeli dan peminat Nintendo. Akan tetapi, kami menyarankan untuk berpindah ke Nintendo Switch yang baru untuk kualiti skrin yang lebih baik dan mengutamakan muat turun digital. Klik di sini untuk melihat perbandingan ringkas antara Nintendo Switch standard, Switch Lite, dan Switch OLED.

Isu penurunan harga ini masih belum disahkan oleh Nintendo akan tetapi kemungkinannya agak tinggi. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Nintendo Switch dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechNaveEn

Exit mobile version