Site icon TechNave BM

Harga OPPO A38 di Malaysia diturunkan sebanyak RM50 sekali lagi

Pada bulan Mei lalu, kami melaporkan bahawa harga telefon pintar kelas permulaan OPPO A38 telah diturunkan sebanyak RM50, menjadikan harga pasarannya kepada RM549 untuk varian 6GB+128GB. Kini OPPO Malaysia mengumumkan bahawa harga telefon itu diturunkan sebanyak RM50 lagi, menjadikan harga pasarannya kepada RM499.

Perkara tersebut diumumkan dalam laman Facebook OPPO Malaysia dan anda boleh membeli OPPO A38 pada harga baharu itu bermula hari ini di laman web OPPO Malaysia.

Sekilas lalu, OPPO A38 merupakan sebuah telefon yang dilancar di Malaysia pada bulan September 2023. Ia menampilkan skrin HD+ berukuran 6.56 inci dengan kadar 90Hz, cipset MediaTek Helio G85 bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 33W dan dwi-kamera belakang 50MP+2MP. Dengan harga RM499, ia merupakan sebuah peranti yang sangat berbaloi untuk mereka yang inginkan telefon murah untuk kegunaan harian atau sebagai telefon kedua.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version