Site icon TechNave BM

Harga OPPO A5 2020 dan Reno 2F dipotong

Dengan kebahagiaan tahun baru yang kian pudar dan semua orang kembali ke rutin kerja atau sekolah, OPPO membawa berita gembira dengan memotong harga untuk dua telefon pintarnya. 

Syarikat itu mengurangkan harga OPPO A5 kepada RM599 dan harga Reno 2F kepada RM1399. Dengan pengurangan sebanyak RM200 buat kedua-dua model, sekarang adalah masa terbaik untuk memulakan tahun anda dengan dua peranti hebat ini!

A5 2020 dan Reno 2F adalah telefon pintar yang agak baharu. A5 2020 yang dilancarkan pada September 2019 adalah pilihan yang bagus buat mereka yang ingin menjadikannya sebagai telefon pertama atau yang inginkan telefon murah. Dengan cipset Qualcomm Snapdragon 665, RAM 3GB dan ROM 64 GB, telefon ini boleh melaksanakan tugas-tugas asas dengan sangat pantas.

Manakala Reno 2F yang dilancarkan pada Oktober 2019 pula adalah telefon kelas pertengahan yang lengkap dengan cipset MediaTek Helio P70, RAM 8GB dan ROM 128GB untuk mereka yang menginginkan spesifikasi yang lebih mantap.

Masih belum terlambat untuk membeli telefon baru sempena kedatangan 2020. Adakah anda berminat dengan dua peranti ini atau anda lebih berminat untuk menunggu telefon yang akan dikeluarkan pada tahun ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk lebih banyak berita diskaun buat peranti kegemaran anda.

Sumber: OPPO Malaysia Facebook

Exit mobile version