Site icon TechNave BM

Harga OPPO Find X3 Pro Malaysia diumum esok, hadiah percuma bernilai RM1,395 melalui pra-tempah

Setelah melancarkan peranti andalan OPPO Find X3 Pro di pasaran global, OPPO Malaysia mengumumkan bahawa pelancaran rasmi untuk peranti ini di pasaran Malaysia bakal berlangsung esok. Melalui pelancaran, anda boleh menjangkakan pengumuman harga dan maklumat penjualannya.

Menurut OPPO, OPPO Find X3 Pro boleh mula dipra-tempah esok (25 Mac hingga 8 April 2021). Melalui pra-tempahan dalam tempoh ini, anda layak membawa pulang hadiah percuma bernilai RM1,395 seperti OPPO Enco X, Wireless Charger, Kevlar Phone Case, jaminan tambahan 1 tahun, perlindungan kerosakan skrin 1 tahun dan perkhidmatan cloud HeyTap 1 tahun bersama storan percuma 1TB.

Pra-tempah boleh dibuat melalui MY OPPO Space dan OPPO Brand Store terpilih, OPPO Online Store, rakan kongsi telko dan rakan e-dagang yang sah. Namun, harganya dapat kita ketahui pada hari esok.

Sepintas lalu, spesifikasi OPPO Find X3 Pro adalah seperti di bawah.

Tonton pelancarannya esok (25 Mac 2021) bersama kami melalui Facebook rasmi OPPO Malaysia dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version